PIAGAM PELANGGAN



Piagam pelanggan Majlis Daerah Beluran merupakan janji bertulis untuk memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkesan serta menepati kehendak pelanggan yang dijadikan perhatian umum. Jaminan ini dibuat untuk memenuhi kemahuan dan citarasa pelanggan berdasarkan kepada norma masa dan standard kualiti yang telah ditetapkan bagi setiap keluaran atau perkhidmatan seperti yang berikut : -

Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah.

Kami mengutamakan kepentingan awam dan bersedia memberikan perkhidmatan yang saksama, cekap dan berkesan.

Kami sentiasa melayan pelanggan dengan penuh mesra dan bersopan santun serta bersedia membantu apabila menerima aduan tentang perkhidmatan kami.

Kami akan meluluskan permohonan pelan bangunan dalam tempoh tiga bulan dengan syarat ia mematuhi semua kehendak yang ditetapkan.

Kami akan memastikan perkhidmatan kutipan sampah bagi kawasan komesil dibuat setiap hari antara 7.30 pagi hingga 11.00 pagi iaitu dari hari isnin hingga jumaat.

Kami akan memastikan perkhidmatan kutipan sampah bagi kawasan perumahan persendirian dan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dibuat tiga kali seminggu iaitu pada hari isnin, rabu dan jumaat dari 11.00 pagi hingga 3.30 petang.

Kami akan berusaha untuk menyediakan kemudahan awam seperti infrastruktur dan kemudahan pembangunan sosio-ekonomi serta kemudahan rekreasi untuk dinikmati bersama.

Kami akan mengeluarkan Sijil kebenaran menduduki bangunan ( O.C ) dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh pelan bangunan diluluskan dengan syarat semua kehendak oleh jabatan yang berkaitan dipatuhi sepenuh.

Memproses dan menyokong permohonan lesen berniaga (tidak berisiko) yang lengkap dengan keputusan serta-merta dengan syarat butir-butir pemohon adalah lengkap dan semua kehendak undang-undang serta peraturan-peraturan telah dipenuhi.

Memproses permohonan baharu dan pembaharuan lesen berniaga yang berisiko dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari bekerja dengan syarat butir-butir pemohon adalah lengkap dan semua kehendak undang-undang serta peraturan-peraturan telah dipenuhi.

Memproses untuk kelulusan permohonan Lesen Operasi baharu dalam tempoh masa tiga bulan dan pembaharuan Lesen Operasi dalam tempoh satu ( 1 ) hari bekerja selepas pembayaran diterima dengan syarat butir-butir pemohon adalah lengkap dan semua kehendak undang-undang serta peraturan-peraturan telah dipenuhi.

Kami akan berusaha membersihkan parit/longkang disekitar Pekan satu kali sebulan.

Kami akan berusaha memotong rumput dikawasan tamu pasar, gerai dan kawasan lapangan dua kali sebulan mengikut keperluan.

Kami akan berusaha memotong rumput dikawasan pejabat, dewan serbaguna dan kawasan rekreasi satu kali seminggu.

Kami akan mambuat pembayaran ke atas kerja perkhidmatan dan pembekalan dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh penerimaan invois / tuntutan.